Sunbonnet Sue Zippy Pouch ni saya sengaja buatkan untuk kak zai. Nak cuba guna semula mesin jahit yang dah lama saya tinggalkan setelah memiliki janome 2049 tu. Sekarang ni janome tu saya letakkan di pejabat encik abang... So kalau datang2 kat ofis tu tak delah macam ayam kena tungau!! hahaha..
Inilah rupanya sunbonnet sue zippy pouch tu dari luar. saya jahit guna mesin singer yang lama tu. itulah mesin jahit pertama yang saya ada. encik abang yang beriya belikan. agaknya kesian tengokkan saya yang tak tahu apa nak dibuat kat rumah (diwaktu lapang). jahitannya tak berapa kemas sebab baru belajar2 nak menggayakan mesin tu.
Ini rupanya dari sebelah dalam. tak ada poket pun. kosong aje, tapi bolehlah kalau setakat nak diletakkan kunci kereta dan handphone di dalamnya. harap kak zai suka.
Inilah rupanya mesin jahit saya yang lama tu. memang tak pernah digunakan pun semenjak dibeli. Guna masa 'sesi percubaan' untuk 'mengesahkan' yang ianya boleh digunapakai setelah dibeli. lepas tu terus simpan sehinggalah ia digunakan semula untuk jahit sunbonnet sue zippy pouch tu. daa...