Showing posts with label Home Decoration. Show all posts
Showing posts with label Home Decoration. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Early preparation...

Semua kat bawah ni saya buat untuk raya. (Sounds too early for that kan??) taklah cantik macam yang dijual atau yg ditempah di kedai2 tu tp ianya cukup memuaskan hati saya. ini sebahagian yg telah siap..sebahagian yg lain akan saya update kan di kemudian hari nanti.

These are all I can afford to make. Quite embarrassing kan?? tp tak apalah...sudi2kan lah 'menyaksikan' hasil 'kerastangan' yg tak seberapa nih..


mudah je nak menjahitnya...cuma tambahkan sedikit renda di tepinya supaya tak delah nampak togel sangat.


runner for my console table.


yg ni pun sama..cuma tambah renda je kat tepi2 tu..


ha..yang ini pulak runner untuk tv cabinet saya. oleh kerana malas nak 'memosingkan'nya kat tv cabinet tu maka saya hamparkannya di atas lantai sahaja..

sedang menyiapkan langsir serta alas2 meja yg lain. dah siap nanti akan saya tayangkan kat sini pulak.

apapun saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang akan menjelma tak berapa hari aje lagi kepada semua rakan2 muslim. semoga ibadat kita diberkati olehNYA. Amin..

Monday, May 10, 2010

Kan saya udah bilang...

Saya memang dah lama gian nak mengemas rumah (salah satu terapi jiwa bagi saya). Teratak kami ni sangatlah kecilnya jadi keupayaan untuk mendeko tu amat terbatas. Errmmm..beginilah orang2 kecil seperti kami...(sedihnya bunyi). sebenarnya saya ni yang tak ada telent nak merapi rumah pun!!! hahaha... kalau orang yang pandai merapi tak kira rumah kecil atau besar memang ada saja idea untuk menjadikannya kelihatan menarik kan??? jadinya saya mengaku sajalah yang saya ni tak ada bakat semulajadi nak menghias dan merapi nih...

Alas meja untuk table lamp saya. saya mintak ampun dan mahap saya memang tak tahu apa nama meja yang kecik tu sebenarnya. saya anggap ianya sebagai meja selagai ia masih boleh berfungsi sebagai meja!!! kan boleh letak barang tu.... kira macam mejalah jugak tu... ampun!! memang tak tahu nama benda alah tu yang sebenar...



rattan coffee table ni pun dah ada baju. selama ni ia dibiarkan bertelanjang bulat jer...dah berapa dekad ianya bersama kami tapi tak pernah pun saya hirau akan perasaannya...terasa macam zalim pulak saya ni... apa pun sekarang ni ianya telah dipakaikan baju!!!

Rak majalah merangkap meja radio saya yang kecit ni pun dah ada baju... tempat ni lah tempat saya mencari ilham... saya suka dengar radio!! radio kecit tu radio kesayangan saya tau!! memang sangat sayang sebab saiznya yg kecit tu lah.. saya memang amat sukakan objek2 yang kecit sebab tu lah agaknya saya amat geram bila tengok baby yang kecit2 tu.... geramnya...siapa ada baby?? saya nak gigit dia!! Jaga-jaga!!!


Friday, May 7, 2010

Permulaan..

Ini adalah aktiviti permulaan setelah tamat peperiksaan..hooray!!! Saya siapkannya malam tadi jugak, memandangkan hari ini adalah hari cuti umum di Pahang. Anak2 saya tidak perlu ke mana2 hari ini jadi saya tidak perlu risau sangat untuk tidur lewat malam tadi.

Saya namakannya 'langsir mini'. Digantung disudut dapur basah saya. Kainnya saya beli dari cik diesha (sila ke side bar saya untuk linkknya yer..). ingatkan nak buat lagi satu untuk tingkap di bilik belakang saya, tapi kainnya tak cukup pulak. dah tanya pada diesha tp stoknya unavailable.
Mungkin di bilik belakang tu saya perlu gunakan kain lain pulak. hummm...nampak tak seragamlah pulak nanti..

Saya puas hati sebab akhirnya saya berjaya menjahit langsir untuk saya sendiri!! Nampaknya raya nanti tak payah susah2 nak cari tukang jahit langsir lagi. habislah tutup kedai jahit langsir kat kuantan ni nanti..kihkihkih..apapun sebenarnya patern ni patern yg mudah saja sebab tu lah saya berjaya membuatnya. Tak ada apa2 yang fantastic pun mengenainya, kan?? Cuma nak berkongsi kegembiraan ngan kawan2 kat luar sana yang saya dah berjaya melakukannya!!

Saya ada beberapa projek lagi kat dalam kepala saya ni yang nak dikongsi bersama kawan2 yg lain. Once done i'll show it to you yer... rite now chow chin chau..