Tuesday, December 8, 2009

Meet My Miss Birdie and Mr Heartfelt

Sudah sekian lama saya tidak 'mengeraskan' tangan untuk menghasilkan sesuatu daripada 'felt', kan?? Jadi kali ini saya merasakan ada eloknya jika saya cuba 'mengeraskan' jari-jemari saya bagi tujuan tersebut. Saya pernah menghasilkannya sebelum ini di dalam entri yang lalu. Seperti biasa hasil kerjatangan saya ada sahaja 'cacat-cela' nya. Masih lagi tidak dapat menghasilkan kerjatangan sebaik rakan 'crafters' yang lain. Sedih juga...


Inilah hasilnya yang tak seberapa 'My Mr Heartfelt' tu . Saja saya namakannya begitu kerana tujuan ia dihasilkan tentulah untuk en suami yg tersayang (dengan harapan ianya dapat digantung di mana-mana di dalam bilik pejabatnya. He..he..he...). Walaupun pemberian ini nyata tak seberapa, en suami ternyata amat gembira menerimanya (mungkin sebab terpaksa menerimanya). Saya?? Tentulah sangat gembira...



Yang ini pula adalah "My Miss Birdie". Tujuan ia dihasilkan adalah untuk 'menempatkan' jarum-jarum peniti yang semakin bertambah di ruang menjahit saya. Ianya boleh digantung sekaligus menampakkan dirinya seolah-olah seperti seekor burung yang sedang terbang.

Rakan2 yang lain bagaimana? Apa 'projek' anda yang seterusnya??? Harap semuanya gembira dengan apa sahaja yang telah dihasilkan. Bye!!

3 comments:

  1. aimila...ur crafts very good pa...i like ur bookmark kt n3 lepas...ni pun cantik hearts tu...

    ReplyDelete
  2. > Ayu, tenkiu..

    > Fawa, pun tenkiu.

    ReplyDelete