Wednesday, August 29, 2012

Di sebalik studio mini

Lama sy idamkan untuk memiliki sebuah studio Jahitan saya sendiri. Kalau pun ia tidak besar memadailah dgn Hanya sebuah studio mini. Alhamdulillah, sekarang sy telah memiliki sebuah mini studio. Terima kasih Allah kerana mengurniakan saya seorang suami yang sangat memahami impian Dan cita2 saya.

Too bad, my mini studio is still under construction. Bila ianya telah siap sepenuhnya sy akan kongsikannya di sini. Bukan apa, mungkin perkongsian itu nanti boleh memberi idea kpd kawan2.

W'bagaimanapun aktiviti jahitan saya masih lagi diteruskan. Buat masa sekarang aktiviti kecintaan saya tu saya lakukan di satu sudut kecil rumah saya. Syukur sy m'punyai mesin jahit mudah alih (itulah saja mesin jahit yg saya ada pun. Huhu), jadi apabila ianya tidak digunakan, mesin jahit itu akan saya masukkan ke dalam meja rotan kesayangan saya. Jadi rumah pun tak adalah nampak bersepah sangat. Konon2 nampak macam bijak je meletakkan mesin tu dlm meja rotan tu kan??? Huhu...(sebenarnya nak menutup kelemahan diri yg tak berapa pandai nak menghias nih)..

No comments:

Post a Comment