Saturday, April 24, 2010

Sunshine Award

http://1.bp.blogspot.com/_e-kG0dYP2i8/S9JkwAdoA0I/AAAAAAAAAl0/yoKf0Oxagnw/s1600/sunshine_award%5B3%5D.jpg

Thanks to zila for the award. Don't know what is the proper word to be used to show my happiness to receive this. zila..trust me, I'm so happy to have this award (cam artis lah pulak).

I've made the biggest decision ever in my life!! (Whatever...) so happy with my decision!!! wuhu!! happy!!!happy!!!happy!!!

btw, thanks again to zila for this award!!

Friday, April 16, 2010

Petite Zippy Pouch

Berada di dalam keadaan yang amat tertekan buat masa ini!! Itulah penyebab utama mengapa saya jarang lagi berada di sini sejak akhir2 ini. Peperiksaan akhir akan bermula minggu hadapan dan akan berakhir pada 6/5/2010. Tetapi sekurang-kurangnya Zura dan Kak Zila telah berjaya menggembirakan saya pada hari ini. Fabrik2 yang telah saya pesan dari Zura dan juga Majalah cucito dari Kak Zila telah saya terima sebentar tadi. (Gambarnya tak sempat untuk dimuatnaik ke sini. Mungkin di masa akan datang!! Kamera pun tak de dengan saya sekarang ni.) Terima kasih kepada mereka berdua!! At least they have reduced my tension!! Thanks to both of them.
Ramai juga yang bertanya melalui e-mail dari mana saya memperolehi fabrik2 yang saya gunakan. Sila rujuk di side bar saya. Semuanya telah disenaraikan di situ. To name a few : Zura, Nisa, Jesse and Diesha.. They all are great!!
Ha...yang kat bawah ni pula adalah 'petite zippy pouch' yang telah saya hasilkan tidak lama dulu. Baru hari ini berkesempatan untuk memuatnaikkan gambarnya di sini. Ini adalah sebagai 'sample' sahaja.


Pinkish Sue Zippy Pouch

Fabrik : Japanese Cotton



Colourful Apple Zippy Pouch

Fabrik : American Cotton

Untuk semua yang bertanya pasal Zippy pouch ni melalui e-mail, terima kasih banyak2 saya ucapkan. Tempahan untuk zippy pouch ini saya terima mulai sekarang tetapi proses penjahitannya hanya akan bermula selepas 6/5/2010 nanti yer..sebabnya saya perlu mengutamakan peperiksaan saya dulu. Harap kawan2 semua memahami.

Sebarang pertanyaan, sila e-mail kepada aimila1551@gmail.com


Monday, April 5, 2010

Ziha's


Purposely made this pouch for Ziha. As an employee, she has been very helpful and loyal to hubby all this while. Infact she has been very good to our family especially our kids!! But now she has to leave us for betterment. We don't want to stop her nor we don't want her to leave us actually. Feel so sad but at the same time we are so happy for her!!
Ziha, if u ever come across here, I just want u to know that "WE MISS U A LOT"!!! "WE" means our family and the rest of the staff here!! Hope u enjoy working at your new place and u deserve the best dear!!

This is what I made for her. The external view.



And the internal view.
Fabrics used : Japanese + American Cotton

Thursday, April 1, 2010

Petite Pouch

Saya berada dalam keadaan yang amat 'menyesakkan' buat masa sekarang. Haven't done with anything (yet). Bertungkus lumus menyiapkan segala macam 'assignments' dan persediaan untuk 'presentation' bagi tujuan peperiksaan akhir semester. Sangat sesak!! Dan seperti biasa, waktu2 beginilah anak2 dan suami terpaksa 'diabaikan' buat seketika. Turutkan hati, memang sudah tidak berdaya lagi untuk terus-terusan berkeadaan yang sentiasa 'menyesakkan' seperti sekarang ini. Mujurlah saya mempunyai suami + anak2 serta keluarga (baik di pihak saya mahupun di pihak suami) yang sentiasa memberi sokongan, dorongan, bantuan dan sentiasa bersedia untuk memahami keadaan saya. Alhamdulillah... Jasa baik mereka semua hanya mampu saya kenang hingga ke akhir hayat kerana terus terang saya akui di sini, saya tidak mampu untuk membalasnya. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui balasan yang setimpal di atas kebaikan mereka semua itu. Ya Allah!! Sesungguhnya saya memang makhluk yang serba kekurangan!!!
Walaubagaimanapun, saya tetap ingin meneruskan 'niat' saya untuk memuatnaik gambar2 hasil 'kerastangan' saya yang tak seberapa tu. hihihi... Dah lama siap sebenarnya cuma sentiasa sahaja tidak berkesempatan untuk memuatnaik gambar2 tersebut.

Yang ini bagi tujuan memuatkan alat-alat solek saya. Opppss... saya bukanlah seorang yang pandai bersolek pun. Mungkin tidak keterlaluan jika saya nyatakan di sini bahawa saya tidak pernah bersolek!!! hahaha..seiingat saya, pertama dan terakhir kali saya bersolek ialah pada hari perkahwinan saya (itupun 9 tahun yang lampau). Hmmm... memang melampau!! Hanya sekadar mengoleskan 'compact powder' berserta sedikit calitan pewarna bibir, itulah yang saya gunakan sehari2. Rasanya memang perlu untuk ke kursus 'grooming' kot saya ni!!! Pada kawan2 yang lain, anda sangat bertuah jika sekiranya anda tergolong dalam kalangan mereka yang pandai bersolek!! Saiz untuk 'make-up pouch' lebih besar berbanding saiz yang di bawah ini.

Ha...yang ini pula bagi tujuan menyimpan telefon bimbit saya. Ada dua telefon, you!! memang saya melampau!!! eh..eh.. ini untuk tujuan 'penggambaran' sahaja. Saya hanya memiliki telefon bimbit yang buruk yang memang amat memalukan jika ianya dipaparkan di sini (sebagai tontonan umum pulak tu!!). Seram mak nak menayangkannya di sini...


Saiznya memang lebih kecil berbanding dengan 'make-up pouch' yang tersebut di atas. Apa2 hal pun sebagai penutup, pattern untuk pouch ni saya perolehi di sini. Kena beli you!!! It's not for free of course. Daaaa.....