Friday, April 16, 2010

Petite Zippy Pouch

Berada di dalam keadaan yang amat tertekan buat masa ini!! Itulah penyebab utama mengapa saya jarang lagi berada di sini sejak akhir2 ini. Peperiksaan akhir akan bermula minggu hadapan dan akan berakhir pada 6/5/2010. Tetapi sekurang-kurangnya Zura dan Kak Zila telah berjaya menggembirakan saya pada hari ini. Fabrik2 yang telah saya pesan dari Zura dan juga Majalah cucito dari Kak Zila telah saya terima sebentar tadi. (Gambarnya tak sempat untuk dimuatnaik ke sini. Mungkin di masa akan datang!! Kamera pun tak de dengan saya sekarang ni.) Terima kasih kepada mereka berdua!! At least they have reduced my tension!! Thanks to both of them.
Ramai juga yang bertanya melalui e-mail dari mana saya memperolehi fabrik2 yang saya gunakan. Sila rujuk di side bar saya. Semuanya telah disenaraikan di situ. To name a few : Zura, Nisa, Jesse and Diesha.. They all are great!!
Ha...yang kat bawah ni pula adalah 'petite zippy pouch' yang telah saya hasilkan tidak lama dulu. Baru hari ini berkesempatan untuk memuatnaikkan gambarnya di sini. Ini adalah sebagai 'sample' sahaja.


Pinkish Sue Zippy Pouch

Fabrik : Japanese Cotton



Colourful Apple Zippy Pouch

Fabrik : American Cotton

Untuk semua yang bertanya pasal Zippy pouch ni melalui e-mail, terima kasih banyak2 saya ucapkan. Tempahan untuk zippy pouch ini saya terima mulai sekarang tetapi proses penjahitannya hanya akan bermula selepas 6/5/2010 nanti yer..sebabnya saya perlu mengutamakan peperiksaan saya dulu. Harap kawan2 semua memahami.

Sebarang pertanyaan, sila e-mail kepada aimila1551@gmail.com


3 comments:

  1. Good luck for your exam aimila! and thank you for being such a wonderful loyal customer at Lovemelots *hugs* :)

    ReplyDelete
  2. both pouches look absolutely cute! good luck and hope u deal well with ur pressure :)

    ReplyDelete
  3. > zura n alviana

    thanks to both of you!!

    ReplyDelete