Yang ini bagi tujuan memuatkan alat-alat solek saya. Opppss... saya bukanlah seorang yang pandai bersolek pun. Mungkin tidak keterlaluan jika saya nyatakan di sini bahawa saya tidak pernah bersolek!!! hahaha..seiingat saya, pertama dan terakhir kali saya bersolek ialah pada hari perkahwinan saya (itupun 9 tahun yang lampau). Hmmm... memang melampau!! Hanya sekadar mengoleskan 'compact powder' berserta sedikit calitan pewarna bibir, itulah yang saya gunakan sehari2. Rasanya memang perlu untuk ke kursus 'grooming' kot saya ni!!! Pada kawan2 yang lain, anda sangat bertuah jika sekiranya anda tergolong dalam kalangan mereka yang pandai bersolek!! Saiz untuk 'make-up pouch' lebih besar berbanding saiz yang di bawah ini.
Ha...yang ini pula bagi tujuan menyimpan telefon bimbit saya. Ada dua telefon, you!! memang saya melampau!!! eh..eh.. ini untuk tujuan 'penggambaran' sahaja. Saya hanya memiliki telefon bimbit yang buruk yang memang amat memalukan jika ianya dipaparkan di sini (sebagai tontonan umum pulak tu!!). Seram mak nak menayangkannya di sini...
Saiznya memang lebih kecil berbanding dengan 'make-up pouch' yang tersebut di atas. Apa2 hal pun sebagai penutup, pattern untuk pouch ni saya perolehi di sini. Kena beli you!!! It's not for free of course. Daaaa.....
cute+sexy
ReplyDeletecomel nya aimila! love the bow details. pattern mana ni ya? tak jumpa link nya :)
ReplyDelete> Wan
ReplyDeleteWan, tang mana lah yang sexy tu..
> zura,
thanks zura. ye lah...saya lupa nak linkkan websitenya tadi. dah link pon sekarang!! sy guna zip clutch pattern tak silap saya (dari keyka lou).