Friday, May 7, 2010

Permulaan..

Ini adalah aktiviti permulaan setelah tamat peperiksaan..hooray!!! Saya siapkannya malam tadi jugak, memandangkan hari ini adalah hari cuti umum di Pahang. Anak2 saya tidak perlu ke mana2 hari ini jadi saya tidak perlu risau sangat untuk tidur lewat malam tadi.

Saya namakannya 'langsir mini'. Digantung disudut dapur basah saya. Kainnya saya beli dari cik diesha (sila ke side bar saya untuk linkknya yer..). ingatkan nak buat lagi satu untuk tingkap di bilik belakang saya, tapi kainnya tak cukup pulak. dah tanya pada diesha tp stoknya unavailable.
Mungkin di bilik belakang tu saya perlu gunakan kain lain pulak. hummm...nampak tak seragamlah pulak nanti..

Saya puas hati sebab akhirnya saya berjaya menjahit langsir untuk saya sendiri!! Nampaknya raya nanti tak payah susah2 nak cari tukang jahit langsir lagi. habislah tutup kedai jahit langsir kat kuantan ni nanti..kihkihkih..apapun sebenarnya patern ni patern yg mudah saja sebab tu lah saya berjaya membuatnya. Tak ada apa2 yang fantastic pun mengenainya, kan?? Cuma nak berkongsi kegembiraan ngan kawan2 kat luar sana yang saya dah berjaya melakukannya!!

Saya ada beberapa projek lagi kat dalam kepala saya ni yang nak dikongsi bersama kawan2 yg lain. Once done i'll show it to you yer... rite now chow chin chau..

1 comment:

  1. salam aimila
    ..cantik sungguh bila dah jadi langsir....anyway kalau dah ada sha roger yer ..hihi....

    ReplyDelete