Thursday, December 10, 2009

Untuk Ayu...


Ini adalah "pincushion" dan juga "needlebook case'"untuk pasangan "stash swap" saya, Ayu yang dirancang dan diatur oleh Hani. Kami tergolong di dalam kumpulan yang ketiga bagi tujuan tersebut. Barangan tersebut (serta beberapa barangan lain yg tdk sempat saya rakamkan gambarnya) adalah sebagai "suprise stash" dari saya. Terus-terang saya nyatakan di sini bahawa sesungguhnya saya berasa amat segan dan malu atas pemberian saya ini buat Ayu sementelah kerjatangan saya tidaklah secantik dan sekemas kerjatangan Ayu. Tetapi saya amat berharap yang Ayu akan menyukainya.


Yang ini pula adalah '3 FQs' dan juga 'Felt' seperti yang disyaratkan itu...


Ribon dan juga butang....

Walau apapun...suka saya nyatakan di sini sebenarnya saya amat bertuah dapat menyertai "stash swap" ini. Harus diakui sebenarnya aktiviti sebegini dapat mengeratkan tali Silaturrahim sesama kita (dan sememangnya saya seorang yang amat suka berkawan!!!). Dan saya masih menanti apa perancangan Hani yang seterusnya kerana apa yang pasti walau apa jua perancangannya saya akan TURUT SERTA!! Yeay!!

3 comments:

  1. memang bagus turut serta dalam kegiatan seperti ini ;)

    ReplyDelete
  2. ayu suka sgt..aimila punya hasil kraf kemas dan lawa:)

    ReplyDelete
  3. > umi_e : mmg betul. selain dpt kenalan baru, kita juga akan dapat idea baru.

    > Ayu : Tima kasih ayu. Tapi yang pasti masih tidak setanding kerjatangan ayu yang kemas dan cantik tu.

    ReplyDelete