Monday, March 8, 2010

BOM untuk Kak Naiz


BOM untuk Kak Naiz dengan warna pilihannya putih, kuning dan merah. Dah siap 2 minggu lepas lagi tapi hari ni baru rasa terpanggil untuk di 'upload' kat sini. Sedang saya terjengah2 aktiviti kawan2 BOM yang lain tiba-tiba ternampak sesuatu....hahaha...Mungkin kebetulan agaknya kain merah yang saya guna menyerupai kain yang digunakan oleh cik fida kita. perasan tak??? mungkin sama tapi tak serupa...agaknya saya dan fida ada 'chemistry' yang kuat berkenaan dengan pemilihan fabrik berwarna merah untuk bulan ini!!!

Punyalah nak cepat amik gambar sampaikan tak sempat BOM tu digosok semula. Errrmm..nak amik gambar semula rasa macam dah tak kuasa. Bukannya apa, dua minggu kebelakangan ni masa saya banyak terluang (lebih dari biasa) untuk anakanda berdua tu. Bergilir2 pulak mereka demam!!! Dan sekarang giliran saya pulak nak demam (tapi tadi dah mkn paracetamol). tahan sikit rasanya. Bab2 demam ni saya lebih menggunakan 'psikologi'. kalau dibuat tak tahu saja ianya akan beransur pulih dengan sendirinya tetapi kalau dilayan sgt perasaan tu mmg satu kerja pon tak menjadi!!!

Cukuplah bebelan saya utk kali ini. Insyaallah saya akan poskannya pada esok hari. Harap2 kak naiz suka!!! tunggu eh kak...

No comments:

Post a Comment