Sunday, August 1, 2010

Early preparation...

Semua kat bawah ni saya buat untuk raya. (Sounds too early for that kan??) taklah cantik macam yang dijual atau yg ditempah di kedai2 tu tp ianya cukup memuaskan hati saya. ini sebahagian yg telah siap..sebahagian yg lain akan saya update kan di kemudian hari nanti.

These are all I can afford to make. Quite embarrassing kan?? tp tak apalah...sudi2kan lah 'menyaksikan' hasil 'kerastangan' yg tak seberapa nih..


mudah je nak menjahitnya...cuma tambahkan sedikit renda di tepinya supaya tak delah nampak togel sangat.


runner for my console table.


yg ni pun sama..cuma tambah renda je kat tepi2 tu..


ha..yang ini pulak runner untuk tv cabinet saya. oleh kerana malas nak 'memosingkan'nya kat tv cabinet tu maka saya hamparkannya di atas lantai sahaja..

sedang menyiapkan langsir serta alas2 meja yg lain. dah siap nanti akan saya tayangkan kat sini pulak.

apapun saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang akan menjelma tak berapa hari aje lagi kepada semua rakan2 muslim. semoga ibadat kita diberkati olehNYA. Amin..

Thursday, July 29, 2010

I'm trying..

I'm experimenting...

I'm exploring...

I'm thinking...

finally...

I'm just giving it a try...


This is what i'm trying...

and am gonna make it some more...

more..

and more...

until no more??? huh...

some more???


Wednesday, June 23, 2010

Sunbonnet Sue Zippy Pouch

Sunbonnet Sue Zippy Pouch ni saya sengaja buatkan untuk kak zai. Nak cuba guna semula mesin jahit yang dah lama saya tinggalkan setelah memiliki janome 2049 tu. Sekarang ni janome tu saya letakkan di pejabat encik abang... So kalau datang2 kat ofis tu tak delah macam ayam kena tungau!! hahaha..


Inilah rupanya sunbonnet sue zippy pouch tu dari luar. saya jahit guna mesin singer yang lama tu. itulah mesin jahit pertama yang saya ada. encik abang yang beriya belikan. agaknya kesian tengokkan saya yang tak tahu apa nak dibuat kat rumah (diwaktu lapang). jahitannya tak berapa kemas sebab baru belajar2 nak menggayakan mesin tu.


Ini rupanya dari sebelah dalam. tak ada poket pun. kosong aje, tapi bolehlah kalau setakat nak diletakkan kunci kereta dan handphone di dalamnya. harap kak zai suka.


Inilah rupanya mesin jahit saya yang lama tu. memang tak pernah digunakan pun semenjak dibeli. Guna masa 'sesi percubaan' untuk 'mengesahkan' yang ianya boleh digunapakai setelah dibeli. lepas tu terus simpan sehinggalah ia digunakan semula untuk jahit sunbonnet sue zippy pouch tu. daa...


Friday, June 18, 2010

BOM2

Just wanna make a quick update on few things. I've sent these 2 BOMs by courier yesterday evening. Hopefully and probably these two BOMs will reach out their destination by today!! These 2 BOMs respectively are for kak aton and fawa. Hope they like it.



kak aton's


fawa's

I wanna apologize both of them for being late in sending the BOMs. So many unavoidable circumstances happened!! that's life!! I admit.. Once again, do forgive me!!! Daa...

Wednesday, June 16, 2010

Bermula semula

Sekian lama saya meninggalkan 'teratak' yang tak seberapa ni. Bermacam2 perkara berlaku sepanjang peninggalan saya. Sekarang ni tanggungjawab saya semakin bertambah lantas membuatkan waktu 'berblogging' menjadi semakin terbatas. 'Hutang-piutang' saya kepada rakan2 BOM masih lagi bebaki. Akan tetapi telah saya sempurnakan semuanya dan Insyaallah esok akan saya lunaskan kesemua hutang-piutang saya itu. Tunggu yer kak aton dan juga Fawa... Saya poskan kedua-dua BOM kalian pada esok hari!!

Urrrmm... Perasan tak? Saya dah tukar wajah template saya. Bosanlah dengan template yang sama setiap hari!! Inginkan sedikit pembaharuan untuk menghilangkan kebosanan yang semakin bersarang ni!! Chat Box saya juga telah saya 'nyahkan'. Banyak sangat yang tak berkenaan datang bertandang. Yang nak berborak jarang bebeno!! hehehe..Walauapapun buat kawan2 yg rasa sudi nak 'berborak2' tu bolehlah singgah di ruangan 'comments' tu yer..

hei!! Nak tahu satu rahsia??? Sebenarnya saya merasa amat gembira malah merasa lebih gembira dari hari2 yang pernah saya lalui sebelum ini!! Jomlah bersama2 dengan saya berkongsi kegembiraan kurniaan Ilahi ni!! Saya pasti kawan2 yang lain juga merasa gembira dan bahagia seperti saya!! Amin.

See ya next time around!!!

Monday, May 24, 2010

Minggu2 yang lalu...

Agak lama juga saya meninggalkan 'teratak' saya ni. Puncanya saya kurang sihat...dan kini my MIL pula kurang sihat dan telah dimasukkan ke hospital. Masih lagi di sana...dan saya pula sering berulang alik ke hospital sejak akhir2 nih. dan sekarang ini..di saat ini..sara pulak menunjukkan tanda2 yang dia juga kurang sihat. macam2 virus lah sekarang nih... aku dah letih nak melawannya...

Saya masih lagi 'berhutang' ngan kak aton. BOM untuk dia telah lama saya siapkan cuma tak berkesempatan untuk mengeposnya lagi. Esok lusa Insyaallah...saya akan poskan sekali dengan BOM untuk Fawa juga. Maaf banyak2 pada kak aton. saya dah hantar e-mail pada kak aton tapi no reply. tak tahu samada kak aton ada terima tak e-mail saya tu. Kak aton, sori to keep you waiting..

saya akan kembali setelah saya benar2 sihat. Insyaallah...

Monday, May 10, 2010

Kan saya udah bilang...

Saya memang dah lama gian nak mengemas rumah (salah satu terapi jiwa bagi saya). Teratak kami ni sangatlah kecilnya jadi keupayaan untuk mendeko tu amat terbatas. Errmmm..beginilah orang2 kecil seperti kami...(sedihnya bunyi). sebenarnya saya ni yang tak ada telent nak merapi rumah pun!!! hahaha... kalau orang yang pandai merapi tak kira rumah kecil atau besar memang ada saja idea untuk menjadikannya kelihatan menarik kan??? jadinya saya mengaku sajalah yang saya ni tak ada bakat semulajadi nak menghias dan merapi nih...

Alas meja untuk table lamp saya. saya mintak ampun dan mahap saya memang tak tahu apa nama meja yang kecik tu sebenarnya. saya anggap ianya sebagai meja selagai ia masih boleh berfungsi sebagai meja!!! kan boleh letak barang tu.... kira macam mejalah jugak tu... ampun!! memang tak tahu nama benda alah tu yang sebenar...



rattan coffee table ni pun dah ada baju. selama ni ia dibiarkan bertelanjang bulat jer...dah berapa dekad ianya bersama kami tapi tak pernah pun saya hirau akan perasaannya...terasa macam zalim pulak saya ni... apa pun sekarang ni ianya telah dipakaikan baju!!!

Rak majalah merangkap meja radio saya yang kecit ni pun dah ada baju... tempat ni lah tempat saya mencari ilham... saya suka dengar radio!! radio kecit tu radio kesayangan saya tau!! memang sangat sayang sebab saiznya yg kecit tu lah.. saya memang amat sukakan objek2 yang kecit sebab tu lah agaknya saya amat geram bila tengok baby yang kecit2 tu.... geramnya...siapa ada baby?? saya nak gigit dia!! Jaga-jaga!!!